Mar 23, 2009

Bebelan Pelangi

Lama sudah pelangi tidak memberikan post terbaru. Maaflah buat semua, pelangi agak sibuk dengan tugasan-tugasan yang mana tarikh akhir telah hampir tiba. Huhuhu... Puteri Yang Ternoda, sebuah lagi entri terbaru daripada pelangi buat semua.

Puteri Yang Ternoda, penceritaan seorang gadis yang ingin mencari jalan kebahagiaan selepas kerap kali melalui masa-masa yang sukar. Gadis naif yang terlalu mengikut kata hati, sehinggakan dirinya ternoda dengan kesilapan-kesilapan dan kekesalan yang hadir tiap waktu. Kini, gadis tersebut mencari jalan pulang. Dan dia masih mengharapkan bahawa ada sinar kebahagiaan buat dirinya.

Puteri Yang Ternoda, nukilan yang pelangi karang sewaktu berehat sebentar dari melakukan tugasan. Hehehe... Pelangi suka mengarang apabila ada waktu-waktu senggang untuk pelangi. Tidak kira di mana saja, kadang-kadang pelangi idea datang mencurah sebelum pelangi masuk tidur. Huhu.. Pelik kan? Tapi itulah pelangi. 

Sehingga berjumpa di lain kali. 

No comments:

Post a Comment