Apr 2, 2009

Cinta 100%

Semalam, masa pelangi berborak dengan beberapa org kawan, ada yang bertanyakan soalan ini kepada pelangi.

"Pelangi, kau sayang boy kau, 100% ke? Tapi kalau dia pernah tipu kau, kau percaya dia 100% ke?"

Pelangi agak terkejut dengan persoalan yang diutarakan oleh kawan pelangi tu. Tapi pelangi kena jawab la juga, sebab dah kata soalan kan?

"Sayang, memang sayang. Tapi jangan 100%. Nanti bila kecewa, kita rasakan tiada lagi cinta yang suci. Percaya memang percaya, tapi jangan 100%. Sebab kita masih lagi boleh mempercayai kata-kata dia kalau kita ditipu, tapi kalau kita percaya 100%, sekali ditipu, tiada lagi kepercayaan yang boleh kita bagi pada diri dia."

Mungkin pada pendapat semua, kata-kata pelangi macam tidak boleh diikutkan, tapi kita yang mencari cinta, dan seharusnya kita mendapatkan yang terbaik dalam percintaan kita.

Ada sebab kenapa pelangi mulakan post dengan kata-kata bualan tadi. Inilah topik yang pelangi nak kongsikan. Bagi mereka yang rasakan apa yang pelangi nak katakan selepas ini tidak bertepatan dengan pendapat mereka, pelangi ingin tegaskan ye. INI PENDAPAT PELANGI.

Kasih sayang dan kepercayaan yang diberikan secara 100% biasanya datang dari pencinta yang setia. Kita harus ingat, betapa kita mencintai diri kekasih, jangan pula lupa yang di atas. Cinta padaNya lebih bererti dan bernilai dari cinta sesama insan.

Apa yang pelangi nak utarakan ini, adalah cinta sesama insan ye.

Kita boleh menyayangi dan mencintai, biarpun berapa banyak kita sayang dan cintakan diri dia, itu terpulang pada diri pencinta itu sendiri. Kadang-kadang, ada yang berkata, "cinta ak pd kau, 100%" tp, kenapa harus berlakunya kecurangan di belakang insan yang tersayang?

Tepuk dada tanya selera.

Bagi pendapat pelangi, kasih sayang 100% pada diri insan yang kita sayang hanya akan wujud dalam diri seorang pencinta, jika dia benar-benar tidak mampu untuk berdiri semula selepas kehilangan. Bagi seorang perempuan, cinta pada diri seorang lelaki bukanlah 100% biarpun dia merasakan kekasihnya itulah yang terbaik. Pelangi cuma nak ingatkan, cinta pada seorang lelaki hanya akan wujud 100% bila dia telah bergelar isteri pada seorang suami. Sebab tu, ada isteri yang mampu untuk berkongsi kasih, kerana jika kehilangan suami, dia tidak mampu untuk berdiri semula.

Biarpun berapa kali kita ucapkan kita sayang, terlalu sayang sehingga mampu untuk melakukan segalanya untuk pasangan, bila ditanya, sayangkah kamu pada dirinya 100%? Ada yang tidak mampu berkata benar. Jawapan yang paling mudah, "saya sayangkan dia sangat-sangat"

Namun, sayang seorang lelaki, biarpun telah bergelar suami atau tidak, sayang mereka pada seorang perempuan, bukanlah 100%. Sayang 100% mereka hanyalah pada insan yang bergelar IBU dan anak-anaknya. Ya, itulah lelaki, mampu untuk memberikan kepercayaan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada ibu dan anak-anaknya.

Kesimpulannya, kasih sayang, cinta dan rindu akan dialami oleh setiap insan. Namun, jika kita tidak mampu untuk memberikannya 100% pada insan yang kita sayang, insan yang kita cinta, insan yang kita rindu, berikanlah yang terbaik yang boleh kita lakukan. Kesungguhan kita mencintai dan kesungguhan kita menyayangi, itu lebih bermakna dari segalanya.

"Pencinta yang setia, adalah mereka yang tahu menghargai erti cinta. Biarpun berapa kali dia bercinta, biarpun berapa kali dia kecewa, jika dia tahu menghargai erti cinta, dia tahu menghargai erti kasih dan sayang, dialah pencinta yang setia. Susah untuk mencari pencinta setia, kerana semua boleh mencintai dan menyayangi, namun bukan semua mampu untuk menghargai erti cinta dan kasih sayang."

Tentang topik kepercayaan, pelangi dah sentuh serba sedikit pada entry yang sebelum ni. Tapi, pelangi akan sentuh sedikit lagi, mungkin banyak, pelangi pun tak tahu pada entry yang akan datang.

1 comment:

  1. Cinta memang cinta! 100% mustahil untuk dicapai oleh manusia. 100% bermaksud lengkap dan sempurna. Tiada kecacatan dan tiada kelemahan. Bukan kah itu "100%" mustahil untuk dimiliki oleh manusia dan dunia. Kita masih jauh dari syurga. 100% melampaui batas manusia. Setiap manusia ingin mencapai 100% dalam hidup, dalam cinta, dalam semuanya. Yang paling hampir untuk sempurna, ialah orang yang dalam hidupnya mengejar 100%. Usaha, keyakinan, keinginan, harapan dan tawakal yang beterusan mengejar 100%. Merekalah manusia yang paling hampir untuk sempurna.

    ReplyDelete