Feb 16, 2009

Perhubungan Berakhir Dengan Kekecewaan

Perhubungan yang bertahan selama beberapa tahun, tetapi berakhir dengan kekecewaan. Pernah atau tidak berlaku dalam hidup korang? Kenapa mesti perkara sebegini berlaku sedangkan kita menunggu dan kita bersikap setia dalam percintaan? Jawapan pada setiap persoalan yang berlaku sebenarnya ada dalam diri korang.

Adakah kerana bosan atau adakah disebabkan perasaan yang pernah hadir telah pudar? Hurm... Ini adalah pendapat pelangi. So, korang nak terima atau tidak, pelangi tidak pernah kisah. Huhu..

Sebenarnya bagi pelangi lah, bosan adalah perkara yang pertama akan datang dalam pendapat pelangi bila kita bercakap soal perhubungan yang telah lama dipupuk. Bosan kerana bersama terlalu lama sehinggakan kita tidak dapat untuk mempunyai masa untuk diri sendiri. Orang sering berkata bila kita sudah mempunyai pasangan, kita harus memberikan 100% komitmen terhadap dirinya sehinggakan kita harus memberitahu setiap rutin kita pada dirinya. Benar, itu sudah menjadi salah satu perkara wajib bila kita bercinta. Tapi tanya diri korang sendiri, apakah setiap rutin yang diberitahu itu adalah jujur dari hati korang? 

Kalau kita nak kaitkan soal bosan dan rutin, memang ada kaitan. Sebab?? Ini adalah sebab pada pendapat pelangi. Bila setiap rutin diberitahu, tapi pasangan masih tidak memahami, bukankah ini susah dan akan merumitkan keadaan?? Contohnya, 'awk, sye ad kje nie.urgent kne anta bsk.mlm nie xleh msg awk sgt.maaf sgt2.' Dah terang-terang kita inginkan masa untuk menyiapkan kerja yang harus dihantar dan mengharapkan seribu pengertian dari dirinya. Tapi mengapa, rajuk dan ketidakpuasan hati yang kita terima? Apakah ayat seperti 'ad kje ke nk lepak dgn kwn?' Seolah-olah tiada kepercayaan yang boleh mereka berikan pada kita.

Itu salah satu pendapat pelangi. Pendapat lain yang pelangi boleh katakan adalah penat melayan karenah dan perangai yang tidak pernah berubah. Betul kata korang, jangan ubah diri korang untuk korang sayang, tapi jika perubahan itu boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan mengapa tidak korang lakukan perubahan? Maksud pelangi adalah perubahan ke arah kebaikan. Tetapi janganlah sehingga korang menjadi orang lain. 

Hurm... Apa lagi yang korang nak tahu mengenai cinta? Pelangi dapat memberikan nasihat tapi untuk menerimanya atau tidak, terpulang pada korang. Kalau korang perlukan bantuan, tinggalkan pertanyaan korang dalam chat box di sebelah. Insya-Allah, pelangi akan cuba untuk membantu. Tapi, pelangi juga manusia. Mungkin ada yang tidak dapat menerima pandangan pelangi. Sepertimana yang pelangi dah nyatakan tadi, pelangi hanya dapat memberikan pendapat. Terpulang pada korang untuk menerima atau tidak. Pelangi cuba untuk bersikap adil pada lelaki mahupun perempuan. Salam sayang dari pelangi.

2 comments:

  1. Bila kita mula SUDAH suka kat someone
    (bukan mula nak cuba-cuba suka)
    kita cuba jadi yg terbaik utk dia.
    Hanya diri kita yg terbaik utk dia dan tiada lagi sesiapa yang lebih baik dari kita utk dia.
    Supaya dia jadi tersanjung bila bersama.
    Keinginan inilah yg membina diri kita untuk jadi lebih baik, mungkin ada perubahan yg berlaku.
    Yang pada mulanya ia berlaku hanya untuk cinta.
    Itu yang kita sendiri katakan dan nilaikan.
    Pedulikan tu semua..
    Kerana perubahan berlaku kerana masa.
    Segalanya telah dijanjikan.

    ReplyDelete
  2. Ya, benar. Bila kita cuba jadi yang terbaik, kita rasakan kita adalah yang terbaik. Sedangkan kita berubah kerana persekitaran dan kerana masa.

    ReplyDelete