Feb 15, 2009

Kejujuran

Kita sering inginkan kejujuran dalam perhubungan, sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk bersikap jujur dengan insan yang kita sayangi, itupun jika kita sayangi dia seperti mana dia menyayangi kita. Benar, bukan mudah untuk kita bersikap jujur kerana ada ketikanya kejujuran itu seperti sembilu yang sedang menunggu masa untuk menghiris kecil hati dan perasaan kita. Tapi adakah penipuan akan berterusan tersembunyi kemas dalam genggaman? Benarkah penipuan yang kita lakukan tidak akan terbongkar dan akan sentiasa tersimpan?

Tiada insan yang sempurna dalam alam ciptaanNya, biarpun kita ingin menjadi yang terbaik, yang sempurna di pandangan insan tersayang. Namun jangan sesekali kita mempermainkan kepercayaan yang dia letakkan pada diri kita. Kepercayaan yang diberikan seringkali dipermainkan seolah-olah kepercayaan itu adalah satu permainan yang menyeronokkan.

Kejujuran adalah sesuatu yang sukar untuk kita sematkan dalam perhubungan yang kita bina biarpun hubungan itu telah lama terjalin. Sukar untuk kita bersikap jujur, berkata jujur kerana kita lebih memikirkan mengenai perasaan yang bakal mereka rasakan apabila kita bersikap jujur. Namun harus diingati, kerna penipuan yang kita lakukan apabila terbongkar akan lebih menyakitkan daripada kejujuran yang kita berikan padanya.

Bersikap jujurlah mengenai perasaanmu.
Katakan benci jika benar dia kau benci.
Katakan sayang jika benar dia kau sayang.
Katakan rindu jika benar dia kau rindui.
Katakan hanya persahabatan yang dapat kau berikan jika dia mengharapkan cinta.
Katakan hanya sayang yang dapat kau berikan jika dia mengharapkan cinta.
Katakan cinta jika benar kau inginkan dia dalam hidupmu.

Jangan sesekali menipu hati dan perasaan dalam dirimu seiring dengan hati dan perasaan dalam dirinya.

"Terimalah mereka yang menyayangi dirimu,
Kerna kau akan merasai nikmat disayangi,
Kerna dalam diam tanpa kau sedari,
Kau akan menyayangi dirinya lebih dari segalanya.

Jangan sesekali mengharap,
Pada mereka yang kau sayangi,
Kerna sekiranya mereka tidak ikhlas menerima dirimu,
Kelak kau akan merasai keperitan dalam perhubungan,
Seolah-olah tiada kebahagiaan dalam perhubungan."

Orang yang kita sayang akan meninggalkan kita untuk orang yang menyayangi mereka, tetapi orang yang menyayangi kita akan tetap setia menunggu sehingga pintu hati kita terbuka untuk menerima sayang dan cinta dari pihaknya. 

Sayang dan cinta harus wujud dari dua pihak, barulah sinar kebahagiaan dalam perhubungan akan mekar dan bercambah tanpa kita sedari.

4 comments:

  1. Kejujuran, pada RainMe perkatan itu terlalu besar untuk manusia. Sumpah, RainMe sendiri tak berani nak sebut perkataan tu....

    ReplyDelete
  2. Mmg perkataan kejujuran tue terlalu besar.. Sehinggakan kita takut untuk berkata jujur. Tp, lebih baik bersikap jujur dari kita menipu. Walaupun kejujuran menyakitkan, tapi itu yang terbaik. Tidak semua orang mampu bersikap jujur, kerana tidak ada manusia yang tidak akan menipu. Tapi, Pelangi lebih suka untuk jujur dari menipu. Bergantung kepada diri sendiri untuk mentafsirkan kejujuran tersebut. :)

    ReplyDelete
  3. knape di dambakan kejujuran drpd org yg disayangi jika diri sndiri xjujur?
    terlalu sakit apabila kejujuran yg kte berikan dibalas dengan sebaliknya...

    ReplyDelete
  4. suka artikel ni..terima kasih:-)

    ReplyDelete